Bestnya Berurut Selepas Bersalin

Kenapa ibu perlu berurut selepas bersalin? Ia memberi banyak faedah kepada ibu, antaranya adalah:

  • melancarkan perjalanan darah;
  • mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan bertakung;
  • membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya;
  • menaikkan semula rahim;
  • memecahkan lemak;
  • menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal;
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.
Disamping faedah-faedah diatas, urutan tradisional di bahagian payudara dipercayai membantu melancarkan pengaliran susu.


Bolehkah ibu yang bersalin secara pembedahan berurut?
Boleh. Urutan selepas bersalin bukan hanya boleh dilakukan untuk ibu yang bersalin normal tetapi juga yang bersalin secara pembedahan.


Ibu yang bersalin secara normal boleh diurut selepas 3 hari tempoh bersalin. Manakala ibu yang bersalin secara pembedahan boleh diurut selepas 14 hari tempoh kelahiran atau bergantung kepada keadaan luka pembedahan.

Urutan digalakkan dilakukan pada waktu pagi, sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; lebih banyak, lebih baik. Masalah seperti lemah badan, badan mudah masuk angin, air ketuban dan air bisa tidak keluar boleh dialami oleh ibu sekiranya lambat diurut.


*Sumber Rujukan : 
1. Traditional Malay Confinement : Theory Of Bertungku, Tangas, Salai, Sauna, Bengkung, Barut, Pilis bt Pn. Zaini Amnah bt. Adnan.
2 http://www.babycenter.com.my/a1048836/berpantang-urut-mengurut

Share this:

CONVERSATION