Bertungku Pecah Lemak

Bertungku adalah asas kepada amalan berpantang bagi selepas bersalin dalam budaya Melayu. Sebelum berbengkung, wanita bertungku.

Sebab-sebab utama bertungku:
  • mengecutkan rahim;
  • mengeluarkan darah beku;
  • memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. 
Sebab-sebab lain bertungku:
  • menghangatkan badan;
  • membuang angin;
  • mengempiskan perut;
  • mengecutkan urat dalaman yang kembang selepas bersalin;
  • memperbetul dan melancarkan pengaliran darah. 
Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan.

Bertungku juga dipercayai dapat:
  • memecahkan lemak;
  • mengecutkan organ yang bengkak akibat bersalin;
  • mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal;
  • meguruskan badan.
Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.
Tungku dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan, atau lain-lain, kemudian dilapiskan dengan kain. Bertungkulah selama sejam atau sekurang-kurangnya setengah jam.


Sumber Rujukan : 
1. http://www.babycenter.com.my/a1048845/berpantang-bertungku.
2. Nota Kursus Urut Tradisional Melayu ditulis oleh Puan Zaini Amnah.

Share this:

CONVERSATION