Param, Pilis dan Tapel

Param ialah ramuan yang disapu ke seluruh badan kecuali perut. Ia mengecutkan kembali otot-otot dan urat-urat badan yang bengkak. Disamping itu juga membantu menghaluskan kulit. 

Pilis ialah ramuan yang disapukan pada bahagian dahi sahaja. Ia membantu menyejukkan kepala, mengelakkan pening dan sakit kepala, menghindarkan pitam dan mengurangkan tekanan darah.


Kulit kayu manis dan jintan hitam adalah antara bahan yang digunakan dalam ramuan param dan pilis.

Tapil ialah ramuan yang disapukan pada bahagian perut sebelum memakai bengkung atau barut. Ia mengecutkan peranakan dan mengempiskan perut dengan lebih cepat. Antara ramuan yang sering digunakan sebagai tapil ialah campuran tepung beras dan ragi.

*Sumber Rujukan :  Traditional Malay Confinement : Theory Of Bertungku, Tangas, Salai, Sauna, Bengkung, Barut, Pilis bt Pn. Zaini Amnah bt. Adnan.

Share this:

CONVERSATION