Tanda-tanda ketika hamil yang ibu hamil harus ambil tahu

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA...

Mommy yang hamil mesti ada simtom-simtom atau ketidakselesaan semasa hamil kan? kadang-kadang simtom ini berlaku kerana perubahan hormon berubah dan mommy stres dengan persekitaran. Simtom ni perkara biasa bagi bakal-bakal mommy tetapi harus berwaspada dan berjumpa doktor jika perlu.


*motherandbaby
Simtom ini biasanya berlaku semasa awal kehamilan dan mungkin jangka masa 3 bulan. Hal ini akan lebih parah lagi apabila bakal mommy tidak mengambil makanan yang berkhasiat dan tidak mengambil makanan yang secukupnya kerana tiada selera makan. Ketika keadaan muntah-muntah ini dialami, keinginan terhadap makanan biasanya berkurangan. Sebaliknya dia lebih gemarkan makanan yang pelik seperti makanan yang masam. Kita biasanya menyebut sebagai mengidam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon yang tinggi ketika hamil. Wanita yang mengidam ini selalunya inginkan sesuatu jenis makanan itu dengan segera.
Orang-orang tua berpendapat jika suaminya tidak boleh menyempurnakan hajat isterinya yang mengidam itu, anak yang dilahirkan itu nanti cacat. Perkara ini tidak ada asas di segi ilmu perubatan atau sains dan saya sendiri berpendapat cerita seperti ini adalah tidak benar.

Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.

2.Bengkak kaki




Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.

Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.

3. Sakit kepala

*balitapedia
Sekiranya sakit kepala yang teruk itu berterusan selama 2-3 jam, dan anda mempunyai penglihatan yang kabur dan sembab di seluruh anggota, anda mungkin telah mengalami pre-eclampsia. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua kehamilan atau ketika selepas kelahiran bayi.

4. Sembelit

*holesihat
Sembelit kerap berlaku ketika hamil. Ini disebabkan oleh kelembapan perjalan tali usus berpunca daripada peningkatan hormon progesterone ketika hamil. Masalah sembelit mungkin dapat diatasi dengan menukar bahan makanan iaitu dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, jika boleh jenis ulaman. Buah-buahan seperti betik dan pisang adalah baik bagi mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Kesan daripada sembelit ini berserta dengan urat timbul di bahagian dubur, buasir akan berlaku. Ini kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika sembelit itu terusk. Elakkan sembelit dan kalau berlaku, rawatan khususnya ialah dengan menggunakanubat yang dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir. Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak.

5.Demam

*ibudanmama
Sekiranya demam dan suhu anda mencecah 37.5 darjah selsius tanpa selsema dan flu, mommy perlu berjumpa doktor dalam masa 24 jam. Namun sekiranya suhu anda mencecah 39 darjah selsius, segeralah berjumpa doktor. Berkemungkinan dijangkiti oleh kuman atau virus. Kebiasaannya doktor akan memberikan antibiotik dan dinasihatkan untuk berehat. Suhu yang tinggi untuk jangka masa yang lama akan membahayakn bayi .

6.Pendarahan
*mamapeduli
Pendarahan daripada kemaluan yang berlaku ketika hamil adalah satu keadaan yang berbahaya, ia boleh mengancam kedua nyawa ibu dan bayi yang dikandungnya. Jika ia berlaku di peringkat awal, ini mungkin menandakan keguguran akan atau sedang berlaku. Jika berlaku di peringkat akhir kehamilan, iaitu selepas tujuh bulan, mungkin ia menandakan kedudukan uri di hadapa bayi. Pendarahan di peringkat awal kehamilan juga mungkin menandakan kehamilan luar biasa seperti kehamilan di luar rahim atau kehamilan anggur. Oleh itu setiap wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil walaupun sedikit, perlulah bertemu doktor untuk diperiksa. Jika perlu wanita itu mungkin dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.

7.Sakit dibawah perut dan ari-ari

*alodokter
Rasa sakit yang kuat pada kiri, kanan, atau kedua-dua belah perut anda perlu diselidik demi memastikan ianya tidak serius. Mungkin ianya akibat ligament anda yang meregang, dan ianya sesuatu yang normal sewaktu mengandung.

Walaubagaimanapun, ianya mungkin juga petanda bagi perkara-perkara berikut:
  • Kandungan luar rahim (ectopic pregnancy)
  • Keguguran
  • Kelahiran pra-matang
  • Fibroid yang pecah dan mengalir keluar
  • Plasenta terpisah daripada dinding rahim (placenta abruption)
  .Mommy perlu take note simtom-simtom ni ye? 



Jika ada ape-ape pertanyaan,jangan segan-segan PM/WHATAPPS kami ye.


WhatsApp sekarang 

����
017.675.9218 (Eni)

WhatsApp sekarang 

����
016.212.6231 (Elina)


.
��
��
.
Kami akan bagi harga yang terbaik untuk anda!!! 
������
Kembali Jelita Secara Tradisi!!!!
   

Share this:

CONVERSATION