Penerangan Secara Klinikal: Tempoh Berpantang

Puerperium ialah tempoh 6 minggu selepas kelahiran, di mana pada  tempoh ini pelbagai perubahan yang berlaku semasa kehamilan kembali kepada keadaan sebelum hamil. Bagi masyarakat Melayu, tempoh ini dikenali sebagai tempoh berpantang.

Apa yang berlaku sepanjang tempoh berpantang? Fisiologi badan ibu mengalami perubahan seperti berikut:

• Sistem kardiovaskular kembali kepada keadaan normal dalam 2 minggu pertama. Beban tambahan pada hati daripada jumlah tambahan darah hilang selepas minggu kedua.

• Pada mulanya dinding faraj bengkak, kebiruan dan terjuih tetapi ia pulih dengan cepat walaupun masih sensitif selama 1 ke 2 minggu. Perineal edema (bengkak dikawasan antara lubang faraj dan lubang dubur) mungkin berterusan untuk beberapa hari.

• Selepas plasenta/uri keluar, rahim bersaiz seperti kandungan berusia 20 minggu, tetapi saiznya berkurang satu jari keluasan setiap hari berdasarkan pemeriksaan abdomen. Pada hari ke-12 rahim tidak boleh dirasai lagi. Menjelang tamat tempoh berpantang rahim hanya sedikit lebih besar daripada awal kehamilah

• Hari ke-3 hingga hari ke-4 pertama, lokia (darah nifas) terdiri daripada darah dan sisa-sisa lapisan rahim. Sepanjang tempoh hari ke-3 hingga hari ke-12 lokia berubah daripada warna merah-coklat kepada kuning. Kadang-kadang, lokia boleh menjadi merah sekali lagi untuk beberapa hari kerana darah beku pada penghujung pembuluh darah pecah.

*Sumber Rujukan : http://www.patient.co.uk/doctor/postnatal-care-puerperium

Share this:

CONVERSATION