Pernah Dengar Bertangas?

Terdapat dua kaedah bertangas iaitu bertangas basah dan bertangas kering.

Bertangas basah dilakukan dengan merebus ramuan tangas terus didalam periuk. Kaedah ini dilakukan pada awal proses berpantang. Antara bahan yang digunakan sebagai ramuan tangas ialah asam gelugur, garam jantan, manjakani, daun sireh, daun inai dan halia.

Bertangas kering pula menggunakan batu sungai yang dipanaskan kira-kira 20 minit dengan api yang kecil. Kemudian ramuan tangas ditabur diatas batu panas tadi. Kaedah ini dilakukan pada penghujung proses berpantang.  Ramuan tangas ialah jintan hitam, kulit bawang putih, halba, manjakani, kemenyan wangi. 

Cara bertangas: 

Periuk diletakkan dibawah kerusi tangas. Ibu duduk diatas kerusi tangas dan badan diselubung. Pastikan wap atau asap sentiasa bergerak ke arah vagina. Lakukan senaman kemutan sepanjang proses ini untuk kesan yang lebih efektif. Tempoh bertangas lebih kurang 20 ke 25 minit.

Tujuan bertangas:
  • membuang angin meroyan 
  • mengecutkan vagina
  • menyihatkan dan membetulkan kedudukan peranakan
  • mengecutkan rahim
  • memecahkan lemak
  • melancarkan perjalanan darah
  • mengeluarkan peluh busuk kotor
  • menyembuhkan luka dan jahitan dengan segera

*Sumber Rujukan: Traditional Malay Confinement : Theory Of Bertungku, Tangas, Salai, Sauna, Bengkung, Barut, Pilis bt Pn. Zaini Amnah bt. Adnan.

Share this:

CONVERSATION