Apa Agaknya Selepas Bersalin
Tahniah anda bakal bergelar ibu. Bagi yang baru pertama kali pastinya begitu teruja. Hati berdebar-debar campur gembira. Bagaimana agaknya proses kelahiran nanti? Bagaimana keadaan selepas bersalin?
Apa yang perlu tahu? Terdapat 10 perkara lazim yang akan dialami oleh ibu selepas bersalin.
Kesakitan - Anda bekerja dengan keras semasa melahirkan bayi. Kemungkinan besar kepala, rahang dan leher akan berasa sakit. Mata menjadi merah, muka menjadi lebam, mungkin dialami disebabkan proses meneran. Biasanya perkara-perkara diatas akan hilang selepas beberapa hari. Jangan risau!
Sakit disebabkan pengecutan rahim - Sakit yang tajam seperti senggugut juga normal pada hari-hari awal selepas bersalin dan biasanya ia hilang selepas 3 hari. Proses pengecilan dan pengecutan rahim ini mengambil masa selama dua bulan. Prose ini memastikan rahim kembali kepada saiz normal, saiz sebelum anda mengandung.
Masalah ke bilik air - Pastinya anda berasa tidak selesa. Masalah untuk membuang air kecil dan air besar memang masalah yang sangat biasa dialami oleh ibu selepas bersalin. Ini disebabkan keseluruhan bahagian pelvis/ bahagian antara vagina dan lubang dubur (perineal) telah merenggang semasa melahirkan bayi. Proses penyembuhan memang mengambil masa. Minumlah air dengan banyak. Ubat pelembut najis juga sangat membantu ketika ini.
Susu badan - Bekalan susu biasanya tidak ada sekitar 3 - 4 hari selepas kelahiran. Jangan cemas atau takut bayi anda lapar. Secara normal berat bayi akan hilang 10 peratus dari berat kelahiran. Teruskan penyusuan. Susukan bayi anda setiap 2 jam susu akan keluar.
Payudara bengkak - Payudara akan bengkak apabila susu telah dihasilkan. Praktis penyusuan yang baik akan mengurangkan kebarangkalian payudara tersumbat. Mandi air panas atau beri tekanan sejuk atau panas pada payudara membantu ibu berasa selesa. Urutan yang betul di bahagian payudara juga dapat mengelakkan ibu daripada masalah ini.
Puting bengkak - Pada masa kini ,90% ibu memberi susu badan kepada bayi mereka. Dapatkan informasi bagaimana menyusu badan dengan betul. Anda boleh membaca atau belajar daripada rakann-rakan atau saudara mara yang lebih berpegalaman. Menukar posisi bayi ketika menyusu akan mengurangkan tekanan kepada puting. Pastikan juga anda melepaskan puting dengan perlahan bagi mengelakkan anda tercedera.
Pemulihan luka - Bagi ibu yang melalui episiotomi, perineal koyak atau C-section proses ini akan pasti akan dialami. Tisu mengambil masa untuk pulih. Pakar perubatan akan menasihati anda bagaimana untuk menjaga luka dan apakah aktiviti yang boleh atau tidak boleh dilakukan. Jangan takut!
Baby Blues - Antara 60 hingga 70 peratus ibu mengalami perasaan negatif atau 'mood swing' selepas melahirkan bayi. Kekalkan diet yang seimbang, dapatkan udara segar, berhenti berfikir yang tidak sepatutnya, dapatkan tidur yang cukup (tidur apabila bayi tidur) akan membantu mengurangkan simptom ini. Jika ia berlarutan lebih dari 14 hari berjumpalah dengan doktor anda untuk memastikan anda tidak mengalami "Post Partum Depression" iaitu gila meroyan.
Cemas - Pada peringkat masalah seperti jaundis, ruam kulit, kesukaran untuk minum dan hilang berat badan akan dialami oleh bayi. Masalah ini adalah normal dan tidak serius namun sering menyebabkan ibu cemas. Jika anda risau rujuklah kepada doktor anda untuk memastikan tiada masalah serius yang dihadapi oleh bayi.
Tekanan perkahwinan - Anda dan pasangan pastinya akan gembira menerima si kecil dalam keluarga. Namun begitu terdapat perubahan yang besar dalam rutin harian anda dan pasangan, Masalah emosi dan fizikal, kurang tidur dan risau tentang si kecil akan memberi tekanan pada perkahwinan. Gunakan kuasa komunikasi. Berbincanglah dengan pasangan anda supaya anda berdua menjadi ibu bapa yang bahagia.
Sumber Rujukan : https://www.internationalsos.com/clinicsinchina/en/documents/Parents_and_Kids_july_2012_10postnatal_probs_LW.pdf

Gambar Sumbangan David Castillo Dominici, FreeDigitalPhotos.net |